Ubat Gigi Herbal Green Halagel® diformulasi khas dengan kombinasi Garam Bukit Halagel® dan ramuan herba semulajadi seperti daun semambu, saintiknya dikenali sebagai Azadirachta indica yang mempunyai sifat anti-bakteria, anti-keradangan dan anti-kariogenik. Dipercayai mampu membantu dalam menghalang bakteria yang menyebabkan kerosakan pada gigi dan pembentukan karies yang baru. Selain itu, herba semambu ini juga diyakini dapat membantu merawat masalah berkaitan oral
secara semulajadi seperti ulser mulut dan melegakan masalah sakit gigi.
Kebaikan
• Bebas bahan fluorida, triklosan dan sesuai untuk vegetarian.
• Membantu melawan bakteria.
• Membantu mengurangkan kesakitan gigi secara semulajadi.
• Membantu mengurangkan nafas berbau.
• Membantu merawat gusi bengkak.
• Membantu memberi kesegaran nafas berpanjangan.
• Selamat digunakan seisi keluarga.