Kad Jom Hafal Doa Iftitah mengandungi lafaz bacaan doa iftitah. Doa iftitah merupakan doa yang kita baca di dalam solat selepas takbiratul ihram pada rakaat pertama. Tujuan dihasilkan kad ini supaya ianya dapat memudahkan kanak-kanak menghafal doa iftitah. Walaupun doa iftitah bukanlah rukun di dalam solat, tetapi ianya dapat membantu kanak-kanak mendapat pahala sunat ketika menunaikan ibadah solat. Selain itu, kelebihannya juga boleh dibawa kemana sahaja dengan saiznya yang kecil. Jika ada masa terluang, boleh mengambil sedikit masa untuk menghafal doa iftitah. Pada kad ini juga mempunyai sedikit info berkaitan doa iftitah. Pada bacaan doa iftitah juga disediakan terjemahan di dalam bahasa Melayu. Pada kad ini juga ada tertera hukum membacanya di dalam solat.